Mengenai Kami

Kenali Restu Malaysia

Restu Malaysia adalah sebuah NGO yang ditubuhkan pada tahun 2021,  dengan tekad untuk membantu golongan memerlukan, terutama warga emas dan komuniti B40. Kami juga memberi fokus kepada latihan penjagaan, bantuan mendapatkan peluang pekerjaan, dan sokongan komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.

Kerjasama erat kami dengan agensi kerajaan, pihak korporat dan para penyumbang yang dermawan telah menjayakan beberapa program dengan impak yang positif terhadap komuniti yang kami santuni. Restu Malaysia sentiasa berusaha untuk melaksanakan inisiatif yang selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations' Sustainable Development Goals (SDGs) ) untuk membasmi kemiskinan, memastikan keamanan dan kemakmuran Komuniti menjelang tahun 2030.  

Pada tahun 2021 Restu Malaysia telah dilantik oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai pengendali dalam projek rintis Penyampaian Perkhidmatan Alternatif (Alternative Service Delivery) Penjagaan Warga Emas di Rumah Seri Kenangan, Seri Iskandar, Perak.  Projek tersebut telah berjalan selama 3 tahun di mana tim petugas Restu Malaysia seramai 36 orang telah memberikan perkhidmatan penjagaan warga emas bagi pihak JKM. Sepanjang tempoh tersebut, tim Restu Malaysia telah dipastikan mendapat latihan yang bersesuaian dalam penjagaan warga emas. Selain itu, segala syarat perjawatan, gaji minima serta caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Skim Insurans Pekerja turut dipatuhi bagi menjaga kebajikan seluruh tim Restu Malaysia.

Matlamat Pembangunan Mampan Restu Malaysia

  • Membasmi kemiskinan
  • Kesihatan dan kemakmuran komuniti
  • Pendidikan (latihan kemahiran) yang baik dan berkualiti
  • Misi kami

  • Meningkatkan kemahiran penjagaan warga emas dan pesakit.
  • Menghubungkan penjaga terlatih dengan peluang pekerjaan.
  • Memperkasakan komuniti melalui pendidikan dan bantuan.
  • Memberi sokongan kepada B40, warga emas, kanak-kanak dan komuniti yang terpinggir.
  • Teraju Utama Restu Malaysia

    niza restu malaysia
    Dr. Nurhaniza Hamiri, MD, MHI
    Pengerusi
    drniza@restumalaysia.org

    Doktor perubatan dengan ijazah sarjana  Kesihatan Informatik yang berkecimpung dalam bidang latihan kesihatan serta penjagaan pesakit dan warga emas.

    mus restu malaysia
    Dr. Nurhayati Mohamad, MD
    Naib Pengerusi
    ajk@restumalaysia.org

    Merupakan seorang doktor perubatan yang mengelola sebuah klinik perubatan swasta di Kelantan.

    ecah restu malaysia
    Noraishah Ismail
    Setiausaha
    noraishah@restumalaysia.org

    Seorang peguam yang telah beramal melebihi 20 tahun di dalam bidang perundangan korporat dan komersial, hartanah dan pengurusan harta pusaka Islam dan kini sedang berkhidmat di sebuah firma guaman di Petaling Jaya.

    anor restu malaysia
    Nur Liza Md Zain
    Bendahari
    lizazain@restumalaysia.org

    Berlatar-belakang pendidikan di UK dalam bidang kejuruteraan, kini berdaftar sebagai Pakar Kewangan Islam

    AJK Utama Restu Malaysia

    eni restu malaysia
    Prof. Madya Dr. Zuraini Dahari
    AJK Tertingi
    drzuraini@restumalaysia.org

    Pensyarah di Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik, USM, dengan PhD Kejuruteraan Elektrik dari RMIT, Australia, aktif mempromosi pendidikan STEM melalui inisiatif khidmat masyarakat.

    fidz restu malaysia
    Rafidah @ Rafizah Ahmad
    AJK Tertingi
    ajk@restumalaysia.org

    Lulusan Kejuruteraan dari United Kingdom, kini menjadi pengasas dan presiden GAPS, sebuah NGO bagi komuniti oku cerebral palsy.

    jah restu malaysia
    Farizah Shamsudin
    AJK Tertingi
    farizah@restumalaysia.org
    Graduan Sains Komputer dan kini berkarier dalam bidang penulisan sebagai editor. Beliau juga merupakan seorang  jurufoto bebas. 
    IMG-20241130-WA0006
    Roslaini Othman
    AJK Tertingi
    roslaini.othman@restumalaysia.org

    Seorang profesional dalam bidang Sumber Manusia, dengan latar belakang Ijazah Pengurusan Projek dan Hartanah dari United Kingdom dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Brunei Darussalam  .

    mimi restu malaysia
    Mimi Azura Suhaimi
    AJK Tertingi
    mimias@restumalaysia.org

    Graduan Kejuruteraan dari Universiti A&M Texas, Amerika Syarikat, pernah berkhidmat dengan Petronas selama 14 tahun dan kini  memilih untuk bersara awal.