BANJIR24
Bantuan Bencana Banjir 2024

Disember 2024

Jom kita bantu sahabat kita yang terkesan dengan musibah banjir! 


Mari hulurkan bantuan dan sumbangan anda melalui:


Pertubuhan  Restu Amal Jasa Malaysia

(Restu Malaysia) 

Akaun Maybank No. 5624 0564 8329

Rujukan BANJIR24


(Tarikh akhir 31 Disember 2024, pukul 12 malam)

Malam Selaut Kasih Seribu Memori
Malam Selaut Kasih Seribu Memori  

1 November 2024

Majlis penghargaan serta perpisahan buat seluruh petugas yang telah menyemai bakti dan menyumbang tenaga dalam penjagaan warga emas sejak 3 tahun terakhir ini. Semoga menjadi kenangan buat semua.
Tabung Sejahtera 2024
Tabung Sejahtera 2024

1 November 2024

Tabung Sejahtera tersebut telah mengagihkan dana seperti yang telah direncanakan bagi membantu semua penerima terpilih tersebut.
Kursus PBSM 2 Restu Malaysia
Kursus Pertolongan Cemas dan CPR II 

22-23 Oktober 2024

Kursus telah berjalan dengan lancar dibantu oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh, Perak. Semua peserta yang hadir dan lulus ujian telah menerima sijil penyertaan. 
Bengkel Intensif Penjagaan Pesakit Restu Malaysia
Bengkel Intensif Penjagaan Pesakit 

8 Oktober 2024

Peserta belajar cara pengurusan harian serta penjagaan kebersihan diri pesakit, pengurusan luka, teknik pemberian makanan melalui tiub pemakanan, teknik mengelakkan luka tekanan pesakit terlantar, mengubah posisi pesakit serta pemindahan pesakit ke kerusi roda. Selain itu peserta turut mundapat maklumat berkenaan serta tip menjalankan perkhidmatan penjagaan pesakit di rumah.  Semua peserta yang hadir menerima sijil penyertaan.
Waekah Buat Hati
Sayembara Penulisan Warkah Buat Hati Anjuran Restu Malaysia

Oktober 2024

Sayembara  tersebut diadakan bagi mencungkil bakat serta memberi galakan untuk berkongsi rasa hati dalam bentuk penulisan. 
Takziah F
Ucapan Belasungkawa dari Restu Malaysia

15 September 2024

Restu Malaysia turut berkongsi rasa duka di atas pemergian bonda tercinta AJK kami, Puan Farizah Shamsudin pada 10 Ogos yang lalu dan kami mendoakan agar Puan Farizah sekeluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini. Semoga peluang singkat untuk berehat pada hari ini dapat membantu memberikan sedikit ketenangan dan kekuatan menghadapi kehilangan tersebut. (Foto tidak disertakan bagi menghormati privasi).
Restu Malaysia ke KPSK
Lawatan ke Kompleks Penyayang Sinar Kasih, Nibong Tebal, Pulau Pinang
 23 Ogos 2024
Wakil Restu Malaysia memenuhi jemputan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk melawat Kompleks Penyayang Sinar Kasih di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
AGM Restu Malaysia 3
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga

10 Ogos 2024

Barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa Restu Malaysia di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga di Kuala Lumpur.
Sumbangan Restu Malaysia
Sumbangan Mesen Otomatik Bagi Pemeriksaan Tanda Vital Untuk Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak 

13 Jun 2024

Sebanyak 3 buah mesen otomatik untuk pemeriksaan tanda vital telah disumbangkan kepada pihak Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak bagi memudahkan urusan pantauan harian penghuni di institusi tersebut.
Takziah M
Lawatan Belasungkawa ke Bangi dari wakil Restu Malaysia 

14 Mei 2024

Ziarah dari wakil Restu Malaysia (Foto tidak disertakan bagi menghormati privasi). Kami turut berkongsi rasa duka dan mendoakan agar pihak keluarga diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
commercial wing Restu Malaysia
Sesi Pembentangan Kertas Cadangan di Putrajaya 

13 Mei 2024

Restu Malaysia telah memenuhi jemputan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pembentangan kertas cadangan yang melibatkan perencanaan penjagaan warga emas.
Kursus PBSM 1 Restu Malaysia
Kursus Pertolongan Cemas dan CPR I 

8-9 Mei 2024

Kursus telah berjalan dengan lancar dibantu oleh Persatuan Bulan Sabit Merah, Ipoh, Perak. Semua peserta yang hadir dan lulus ujian telah menerima sijil penyertaan.
Raya Restu Malaysia 2024
Majlis Hari Raya Restu Malaysia 2024 

30 April 2024

Di majlis meriah tersebut para petugas dan penjaga warga emas Restu Malaysia turut meraikan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak.
Restu Malaysia ke JPA
Jemputan ke Putrajaya bagi sesi libat urus bersama NGO dan CBO bagi pelaksanaan Penyampaian Perkhidmatan Alternatif (ASD) 

4 Disember 2023

Restu Malaysia memenuhi jemputan dari Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk menghadiri sesi libat urus bagi pelaksanaan kolaborasi antara kementerian, jabatan dan agensi kerajaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau organisasi berasaskan komuniti (CBO) melalui mekanisma ASD. 
ASD Restu Malaysia 2 Tahun
Jamuan Kecil Bersama Petugas  Restu Malaysia 2023 

Disember 2023

Jamuan ringkas sempena dua tahun bersama Restu Malaysia. 
Tabung Sejahtera 2023
Tabung Sejahtera Sempena MAT Restu Malaysia Kali Kedua

22 Oktober 2023

Tabung Sejahtera tersebut telah mengagihkan dana seperti yang telah direncanakan bagi membantu semua penerima terpilih tersebut.
AGM Restu Malaysia 2
Mesyuarat Agung Tahunan Restu Malaysia Kali Kedua 

21 Oktober 2023

Barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa Restu Malaysia di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Kedua di Kuala Lumpur.
Sayembara Restu Malaysia
Sayembara Coretan Anekdot Restu Malaysia 2023 

Oktober 2023

Sayembara tersebut diadakan bagi mencungkil bakat serta memberi galakan untuk berkongsi rasa hati dalam bentuk penulisan.
Restu Malaysia perjanjian 7nov22
Sesi Menandatangani  Perjanjian Fasa Kedua Perkhidmatan Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery) bagi Penjagaan Warga Emas di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak

7 November 2022

Pengerusi Restu Malaysia sebagai wakil telah menandatangani perjanjian tersebut bersama Puan Hezleen Hassan, Pengarah Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pejabat KPWKM, Putrajaya .
ASD Restu Malaysia 1 Tahun
Jamuan Kecil Bersama Petugas  Restu Malaysia 2022 

1 November 2022

Jamuan ringkas sempena satu tahun bersama petugas dan para penjaga warga emas Restu Malaysia.
Restu Kuching 2022
Wakil Restu Malaysia Ke MCGM 2022 

18-20 Ogos 2022

Wakil Restu Malaysia telah ke Kuching Sarawak bagi menghadiri Malaysian Conference of Geriatric Medicine 2022 untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman dalam bidang penjagaan warga emas.
Restu Malaysia Apresiasi
Majlis Apresiasi dan Makan Malam Restu Malaysia 2022 

6 Ogos 2022

Majlis diadakan bagi menghargai penat lelah petugas dan penjaga warga emas Restu Malaysia serta memberi pengiktirafan kepada prestasi  yang telah diperlihatkan.
sayembara puisi 2022
Sayembara Puisi Anjuran Restu Malaysia 2022

27 Julai 2022

Sayembara  tersebut diadakan bagi mencungkil bakat serta memberi galakan petugas dari Tim Restu Malaysia untuk berkongsi rasa hati dalam bentuk penulisan.
restu ke rsk seremban 27jul22
Lawatan Kerja Smart Browsing  Restu Malaysia ke RSK Seremban

27 Julai 2022

Satu sesi Lawatan Kerja Smart Browsing telah diadakan ke Rumah Seri Kenangan Seremban bagi menimba ilmu dan penambahbaikan cara kerja Tim Restu Malaysia.
restu ke rsk cheras 27jul22
Lawatan Kerja Smart Browsing  Restu Malaysia ke RSK Cheras

27 Julai 2022

Satu sesi Lawatan Kerja Smart Browsing telah diadakan ke Rumah Seri Kenangan Cheras bagi menimba ilmu dan penambahbaikan cara kerja Tim Restu Malaysia.
Audit Naziran JKM 20 JUl22
Sesi Audit dan Naziran dari JKM Putrajaya

20 Julai 2022

Satu sesi audit dan naziran telah dijalankan dengan kehadiran pihak JKM Putrajaya bagi memastikan kejayaan Projek Rintis Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery) Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas yang dilaksanankan oleh Restu Malaysia di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak.
Restu Malaysia Penilaian
Sesi Pemantauan dan Penilaian Projek Rintis dari JKM Putrajaya

29 Jun 2022

Satu sesi penilaian dan pemantauan telah dijalankan dengan kehadiran pihak JKM Putrajaya bagi memastikan kejayaan Projek Rintis Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery) Perkhidmatan Penjagaan Warga Emas yang dilaksanankan oleh Restu Malaysia di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak.
Restu Raya 2022
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Restu Malaysia 2022 

20 Mei 2022

Di majlis meriah tersebut para petugas dan penjaga warga emas Restu Malaysia turut meraikan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak. Sedikit duit raya sumbangan Restu Malaysia diserahkan kepada para penghuni bagi menambah keceriaan.
Restu Dana Murid B40
Program Dana Persekolahan Murid B40
April 2022
Program telah berjalan lancar dan sumbangan telah diserahkan kepada para penerima cilik. Semoga para dermawan yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan diberkatiNya selalu.
Restu Sumbangan Raya
Program Kutipan Kilat Bantuan Baju Raya Anak Asnaf dan B40

April 2022

Program bantuan tersebut telah berjalan dengan lancar dan sumbangan telah diserahkan kepada para penerima cilik. Semoga para dermawan yang telah bermurah hati menghulurkan bantuan diberkatiNya selalu. Ameen. 
AGM Restu Malaysia 1
Mesyuarat Agung Tahunan Restu Malaysia Kali Pertama

12 Mac 2022

Barisan kepimpinan dan ahli jawatankuasa Restu Malaysia di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama di Kuala Lumpur. Turut hadir mengaudit adalah Puan Noraini binti Mohd Mahir.
Kursus Demensia Restu Malaysia
Program Latihan Demensia

29 Disember 2021

Program latihan untuk para petugas dan penjaga warga emas  tersebut telah disampaikan oleh Dr Hazlina Mahadzir, Pakar Perubatan Geriatrik dari Hospital Chanselor Tuanku Mukhris, Universiti Kebangsaan Malaysia. 
Kursus Pengendalian Makanan
Kursus Pengendalian Makanan secara atas talian untuk Tim Petugas Restu Malaysia

9 Disember 2021

Program latihan untuk para petugas dan penjaga warga emas tersebut telah berjalan lancar. Semua peserta telah menerima sijil penyertaan. 
Restu Kursus PPE
Kursus Panduan Pemakaian PPE dan Pemeriksaan Tanda Vital untuk Tim Restu Malaysia

27 November 2021

Program latihan untuk para petugas dan penjaga warga emas tersebut telah berjalan lancar. Semua peserta telah menerima sijil penyertaan. 
Restu submitagreemt18Nov21
Sesi Penyerahan Perjanjian yang telah ditandatangani bagi Pelaksanaan Projek Rintis Perkhidmatan Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery)  bagi Penjagaan Warga Emas di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak

18 November 2021

Pengerusi Restu Malaysia sebagai wakil telah menyerahkan perjanjian tersebut kepada Penolong Pengarah Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Menara KPWKM, Putrajaya .
Restu Malaysia sst2021
Sesi Penyerahan Surat Setuju Terima Pelaksanaan Perkhidmatan Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery) bagi Penjagaan Warga Emas di Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar, Perak

25 Oktober 2021

Pengerusi Restu Malaysia sebagai wakil telah untuk menerima Surat Setuju Terima  tersebut daripada Puan Hezleen Hassan, Pengarah Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat di Menara KPWKM, Putrajaya .
Restu visitrsksi25may21
Tinjauan Awal Wakil Restu Malaysia ke Rumah Seri Kenangan Seri Iskandar (RSKSI), Perak bagi Persiapan Pelaksanaan Projek Rintis Perkhidmatan Penyumberan Luar (Alternative Service Delivery) Penjagaan Warga Emas.

25 Mei 2021

Tinjauan tersebut adalah dengan jemputan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tetapi dengan bilangan pelawat yang terhad dan hanya dilakukan oleh Pengerusi Restu Malaysia kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat wabak Covid-19 masih berjalan di seluruh Malaysia. Pengerusi Restu Malaysia disambut oleh En. Raja Khalid, Penguasa RSKSI bersama En. Zuhdi, Timbalan Penguasa dan En Putra, Pegawai JKM di RSKSI.